"Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau
tindakan, sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orangyang berani
-Khalifah Ali bin Abi Talib"
"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di
dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang
tidak beragama merasa lebih sengsara -Saidina Abu Bakar As-Siddiq"
"Kekayaan yg sebenar ialah akal, kepapaan yg sebenar ialah rusak akal .
Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiridan kemuliaan yang
sebenar ialah akhlak yg baik. - Saidina Ali bin Abi Thalib"
"Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan
persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk
kepadanya -Saidina Umar al-Khattab"
"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri
ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan
bersikap adil ketika kuat - Khalifah Abdul Malik bin Marwan"
"Banyak berhutang akan menggelincirkan orang yang benar kepada pendustaan - Saidina Ali bin Abi Thalib"
"Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat -Saidina Umar bin Al-Khatab"
"Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat
dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu, maka terdapat suatu
kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga) -Saidina Ali bin
Abi Talib"
"Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab"
"Sesiapa yang dilantik menjadi pemimpin kepada manusia maka dia
hendaklah mengajar dirinya terlebih dahulu sebelummengajar orang lain.
Dan dia hendaklah memperelokkan setiap tindak tanduknya seharian sebelum
memperelokkan denganlidah. Dan sesiapa yang mengajar dirinya sendiri
serta memperelokkannya lebih layak untuk mendapat kemuliaan
daripadamereka yang mengajar dan memperelokkan manusia yang lain. -
Saidina Ali bin Abi Thalib"
"Ingin aku jadi rumput sahaja, supaya dimakan oleh kuda kerana amat ngerinya siksaan Allah - Saidina Abu Bakar As-Siddiq"
"Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan
menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalahsabar dan kunci penyelaknya
adalah malas - Saidina Ali bin Abi Thalib"
Tidak ada komentar:
Posting Komentar